Iktiraf LGBT umpama halalkan golongan berkenaan: Mufti Perak

 

SHAH ALAM – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan andai golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) diiktiraf, ia membawa maksud kumpulan itu dihalalkan.

Menurutnya, Malaysia sebagai negara Islam sejak dahulu lagi menentang LGBT dan golongan itu perlu akur, bukannya menjadikan Barat sebagai rujukan.

“Aktivis sosial Marina Mahathir mengatakan di negara ini, komuniti LGBT berbeza daripada apa yang boleh dilihat di Barat. Takkan kita nak hidup seperti di Barat yang tiada budaya,” katanya kepada Sinar Harian sebagai mengulas kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, andai dihalalkan, nescaya golongan itu akan terus berkembang dan berleluasa.

“Tuhan sudah jadikan lelaki itu adalah lelaki dan perempuan itu adalah perempuan. Jadi kenapa pula mahu diubah hak Tuhan.

“Kenapa kita menghukumkan Tuhan itu begitu? Atau adakah kita lebih cerdik? Kerana inilah lahir golongan seperti ini, golongan ini menyalahkan Tuhan kerana mencipta mereka begitu,” katanya.

Menurutnya, Tuhan menciptakan golongan berkenaan sebagai satu ujian kepada mereka untuk menguji mereka. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts