Iktiraf negara Palestin merdeka penting pulihkan kestabilan serantau

Keselamatan dan kestabilan di rantau Timur Tengah memerlukan pengiktirafan negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh menegaskan perkara itu selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak sebarang langkah untuk menubuhkan sebuah negara Palestin apabila Israel menamatkan serangannya terhadap Gaza.

Beliau berkata, kenyataan Netanyahu yang menolak penubuhan negara Palestin mengesahkan bahawa ‘kerajaan itu bertekad untuk menolak seluruh wilayah Gaza ke dalam jurang.’

Menurutnya, seluruh wilayah berada di ambang kehancuran kerana dasar agresif yang dilaksanakan rejim Israel terhadap rakyat Palestin dan menafikan hak-hak mereka.

“Jika ada kemahuan antarabangsa untuk memulihkan kestabilan di rantau ini dan dunia, mesti ada pengiktirafan negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan 4 Jun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya,” tegasnya.

Abu Rudeineh menegaskan, rakyat Palestin dan perjuangan mereka yang adil akan menang, malah tiada siapa yang akan dapat mengatasi mereka.

Sebelum ini, Netanyahu memberitahu Amerika Syarikat (AS) bahawa dia menentang penubuhan negara Palestin sebagai sebahagian daripada sebarang senario selepas perang.

Perdana Menteri negara haram Israel itu berikrar untuk meneruskan kempen ketenteraan sehingga Zionis mencapai kemenangan terhadap Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), yang disifatkan ramai penganalisis sebagai mustahil.

Israel telah melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti di Semenanjung Gaza sejak pencerobohan rentas sempadan pada 7 Oktober oleh Hamas, yang menurut Tel Aviv membunuh 1,200 orang.

Menurut Pihak Berkuasa Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 24,620 rakyat Palestin terbunuh dalam tindak balas Israel, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan 61,830 cedera.- Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Elak jadi ejen Israiliyyat

  KECENDERUNGAN masa kini menyaksikan penganjuran program berbentuk keagamaan semakin mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan umat Islam. Antaranya,…