Imam di Mekah meninggal dunia selepas solat jemaah

 

JEDDAH – Seorang imam di Makkah menghembuskan nafas terakhirnya sejurus selepas mengimamkan solat fardu Asar di Masjid Arab Abdul Qadir di Awali pada Rabu lalu.

Arab News melaporkan, video imam, Khalid Al-Qurashi tersebut kini tular di internet.

Melalui rakaman CCTV masjid itu, Khalid dilihat sedang berlutut sambil menghadap jemaah masjid selepas selesai solat secara berjemaah.

Tidak lama kemudian, Khalid rebah secara tiba-tiba, mengejutkan para makmum dihadapannya.

Makmum jemaah tersebut segera meluru ke arah Khalid dan mengangkat tubuh imam tersebut.

Media melaporkan, punca sebenar kematian Allahyarham tidak dinyatakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Mereka yang mengenali Khalid berkata bahawa imam berkenaan merupakan seorang baik hati dan suka memberikan senyuman. – Ismaweb

 

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts