Individu lontar ucapan kebencian tak berhak diikat jamin: Prof Kok Seong

BANGI – Perundangan khusus wajar digubal segera bagi menangani masalah sentimen perkauman dan keagamaan di negara ini.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, insiden mengapi-apikan sentimen perkauman serta keagamaan yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini hanya memburukkan keadaan dan tindakan segera perlu diambil.

“Tindakan segera itu amatlah perlu supaya keharmonian sosial dan perpaduan negara tidak tergugat dan terancam.

“Ucapan kebencian yang mengandungi kenyataan sentisitif mampu menimbulkan kebencian, kemarahan dan keganasan dan akhirnya mampu mengundang kejadian yang tidak diingini,” katanya seperti dipetik akhbar tempatan, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu penghinaan agama Islam yang tular di media sosial melibatkan Siti Nuramira Abdullah yang mengaku menghafaz 15 juzuk al-Quran dan kemudian bertindak membuka tudung serta baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

Perbuatan itu menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan-alasan agama dalam kalangan penganut Islam.

Bagaimanapun, 13 Julai lepas, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan tersebut.

Mengulas lanjut, Prof Kok Seong berkata, kemungkinan kenyataan sensitif yang dilontarkan dituju kepada individu yang juga ahli untuk sesuatu kelompok kaum dan agama.

Situasi ini katanya sekali gus akan menyebabkan ahli-ahli lain yang turut tersentuh untuk bertindak balas atas dasar etnik dan agama kerana kehormatan individu terbabit diibaratkan seperti maruah.

Justeru katanya, sudah tiba masa perundangan khas yang lebih ketat dan tegas diwujudkan supaya mereka yang melontarkan ucapan kebencian ini tiada hak untuk diikat jamin sekali gus ketenteraman awam dapat dipelihara.

Bertitik tolak dengan insiden memalukan tersebut, beliau menyarankan negara menggubal perundangan berhubung penggunaaan bahasa jelik yang bukan sahaja digunakan untuk ketenteraman, moraliti dan kesantunan awam.

Tegas beliau ia dilihat sesuai demi tuntutan kedaulatan, perpaduan serta keselamatan negara.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts