Inisiatif Jakim selaras perundangan Islam

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil inisiatif untuk menyelaras dan menyeragam undang-undang Islam agar ia tidak berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, Jakim pada pertengahan 1980-an telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Sivil dan Syarak.

“Jawatankuasa ini telah mendapat makluman daripada pelbagai pihak berkaitan keperluan dalam perundangan Islam.Advertisementhttps://cdn.bannersnack.com/banners/bxk8yhzgs/embed/index.html?t=1628036678&userId=43386868&responsive=true

“Ia satu jawatankuasa yang sangat penting dan berperanan dalam meneliti, menyeragamkan dan menyelaraskan.

“Bukan sahaja peringkat gubalan draf undang-undang berkaitan dengan Islam tetapi juga dalam soal menyelaraskan undang-undang Islam bersama syarak dan juga sivil.

Beliau berkata demikian dalam seminar pemerkasaan Hal Ehwal Parlimen/Dewan Undangan Negeri (Hepdun) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) 2021 (siri kelapan) yang bertajuk Penggubalan dan Pelaksanaan Polisi di Parlimen dan Kementerian Hal Ehwal Islam secara dalam talian menerusi Zoom, semalam.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa prosedur rumit bagi mengelak isu mengambil kuasa negeri dalam menggubal undang-undang Islam juga timbul.

“Ianya memang terpaksa kita hadapi dan ia juga bagi memastikan pakar syariah memberi input kepada penggubalan undang-undang Islam agar ia tidak tersasar.

“Yang kedua, kita bukan sahaja memastikan Rang Undang-Undang (RUU) 355 itu benar-benar direalisasikan tetapi kita ada matlamat yang lebih besar daripada itu, iaitu untuk pemerkasaan Undang-undang Syariah dan kita meletakkan sasar selama lima tahun iaitu tahun 2020 hingga 2025,” tambahnya yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

Justeru, beliau berkata, hal demikian sangat penting dalam memartabatkan pendirian masyarakat Malaysia dengan usaha-usaha syariah.

“Jadi, cadangan kita untuk mewujudkan akta wakaf bagi Wilayah Persekutuan ini akan menjadi dari segi khidmat dan juga sumber kuasa kepada negeri untuk melaksanakan dalam perkara yang sama,” kata beliau. -Harakahdaily

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts