Ubat terhad! COVID-19 serang kem pelarian Gaza

 

BAITULMAQDIS – Palestin mengumumkan perintah berkurung di Semenanjung Gaza selama 48 jam, susulan empat kes baharu COVID-19 disahkan di kem pelarian.

Keempat-empat kes berkenaan adalah pertama kali di Gaza, membabitkan individu tidak dikuarantin yang turut mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan pantai dari Mesir ke Israel.

Pengumuman itu dilakukan pada Isnin malam ketika sidang media oleh pejabat akhbar pemerintah di kawasan yang dikenakan perintah berkurung.

Kes-kes itu disahkan ketika bekalan ubat-ubatan di hospital berkurangan, selain bekalan elektrik mengalami gangguan selama berjam-jam.

Rejim pengganas Zionis yang melancarkan serangan berterusan dan melakukan kekejaman ke atas Palestin sejak 2007 telah memberi kesan buruk terhadap sektor kesihatan di Gaza.

Malah, peralatan perubatan juga tidak mencukupi bagi menangani krisis COVID-19.

Dengan populasi hampir dua juta penduduk, hospital di Gaza mempunyai kurang daripada seratus unit alat bantuan pernafasan dan ada di antaranya tidak berfungsi kerana masalah alat ganti.

Sejak Mac, pihak berkuasa tempatan mengesan 109 kes COVID-19, manakala 72 daripadanya telah pulih.

Semenanjung Gaza mempunyai jumlah jangkitan paling rendah di Palestin berikutan langkah pencegahan yang tegas oleh pihak berkuasa. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts