Inovasi penerbitan al-Quran, masyarakat mudah dekati kalam ALLAH

SHAH ALAM – Penerbitan al-Quran di bawah Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) melalui anak syarikat, Karya Bestari dan penerbit lain di negara ini menjadi kebanggaan bagi umat Islam dalam usaha mendekatkan dengan kalam ALLAH SWT sebagai dustur panduan kehidupan manusia.

Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata, penglibatan secara langsung syarikat seperti Karya Bestari dilihat serius dalam penerbitan al-Quran di negara ini.

“Selain menerbitkan al-Quran, terdapat pelbagai inovasi dilakukan dalam membantu masyarakat untuk lebih dekat dengan al-Quran dan mudah dibaca serta dipelajari.

“Inovasi tersebut mungkin lebih baik atau setaraf dengan negara lebih maju dalam percetakan al-Quran seperti di Arab Saudi dan negara lain. Ia juga sangat membanggakan apabila melihat perusahaan percetakan al-Quran dimiliki oleh umat Islam,” katanya.

Beliau berkongsi pandangan selepas melawat kilang percetakan al-Quran di Karangkraf Shah Alam pada 3 September lalu.

Mengiringi beliau ialah Pengurus Kanan Tugas-Tugas Karangkraf, Hashim Anang dan Ketua Unit Penyelidikan dan Pembangunan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Safri Muhammad Zein.

Turut serta dalam lawatan itu, Ketua Pegawai Agama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Murtadha Abdullah dan Pegawai Hal Ehwal Imarah Masjid MAIK, Rosli Che Soh.

Muhammad Hana Pizi berkata, penerbit al-Quran dalam membawa al-Quran kepada masyarakat di masjid, pusat tahfiz dan organisasi melalui wakaf dan infaq sangat dialu-alukan.

Disyorkan artikel ini:
Hospital Shah Alam berstatus hospital rawatan bukan pesakit Covid-19
KKM nafi 2,000 pesakit Covid-19 di CAC Stadium Shah Alam
Gudang Shopee di Shah Alam ditutup sementara
“Kini pusat pengajian al-Quran semakin banyak dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Husamuddin Yaacub (tiga, kiri) bersama Muhammad Hana Pizi (dua, kiri) ketika berkunjung di kompleks Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.
“Melalui aktiviti wakaf dan infaq al-Quran, ia dapat membudayakan al-Quran dalam kehidupan masyarakat. Ditambah dengan inisiatif WUIF yang rancak dalam menganjurkan pelbagai program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.

“Sebagai Muslim, kita bukan sahaja membaca al-Quran, tetapi bertadabbur dan mengamalkan dalam kehidupan seharian. Untuk mendekatkan lagi dengan al-Quran, pihak WUIF diharapkan dapat mengajak orang ramai untuk membudayakan hafal al-Quran, selepas membaca, tadabbur dan amalkan al-Quran,” katanya.

Tambah Muhammad Hana Pizi, al-Quran di negara ini lebih mudah didapati berbanding sebilangan negara Islam yang miskin.

“Kita mungkin ada dua atau lebih al-Quran untuk dimiliki tetapi umat Islam di negara lain sukar mendapatkan sebuah al-Quran di rumah.

“Oleh itu saya ingin mencadangkan agar pihak Karangkraf dapat memanjangkan sumbangan al-Quran ke negara Islam lain yang memerlukannya,” katanya.

Ditanya mengenai kepentingan Surah al-Mulk, Muhammad Hana Pizi berkata, dalam hadis, Rasulullah SAW menyarankan kepada umat Islam untuk membaca surah tersebut setiap malam sebelum tidur.

“Antara fadilat mengamalkan bacaan surah tersebut, ia menjadi peneman dan cahaya ketika di alam kubur dan akhirat.

“Tidak sepatutnya bagi seorang Muslim meninggalkan bacaan Surah al-Mulk sebelum tidur. Seorang Muslim yang bijak melihat kehidupan jauh ke hadapan, iaitu di alam kubur dan akhirat,” katanya. -Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts