Keluarkan zakat, ada hak asnaf perlu ditunaikan

 

BANGI – Khutbah Jumaat hari ini mengingatkan umat Islam supaya yakin harta yang halal dan berkat akan menjamin seseorang itu menikmati kehidupan yang diredai Allah.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menerusi teks khutbah berkata, untuk mendapat barakah dalam kehidupan, setiap individu perlulah melakukan kebaikan secara berterusan .

“Barakah boleh merujuk kepada rezeki dan kenikmatan yang diberikan oleh Allah yang memberikan kebaikan kepada kita.

“Jadi untuk meraih barakah, perlulah beriman dan bertakwa kepadaNya dengan sempurna,” kata khutbah.

Khutbah juga mengingkatkan bahawa salah satu ciri orang bertakwa adalah orang yang menjaga kesucian hartanya.

Bahkan paling penting, mereka tidak akan membiarkan hartanya bercampur aduk dengan milik orang lain.

“Menurut Imam as-Suyuthi, ‘haqqun maklum’ (hak yang termaklum) itu bermaksud zakat. Maka, sedar atau tidak, di dalam harta dan pendapatan kita, ada ‘zakat’ yang wajib dikeluarkan.

“Jika kita tidak keluarkan, maka kita sengaja membiarkan hak orang lain, iaitu hak asnaf bercampur dengan harta kita. Akibatnya tanpa kita sedar, kita pun menggunakannya,” katanya.

Khatib berkata, hikmah menunaikan zakat sangat besar yang mana umat Islam akan mendapat banyak manfaat dan kebaikan.

“Zakat dapat menyuburkan kekayaan sekali gus mengelakkan pemberinya daripada menjadi miskin. Zakat juga dapat mengelakkan kematian yang buruk dan kemurkaaan Allah.

“Selain itu, zakat juga memberikan rasa kelapangan hati dan terselamat dari perasaan gundah gulana,” kata khatib. – ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Moga Ramadan ini menjadi bulan penyatuan umat Islam

  الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ “SOLAT lima waktu…