Inovasi, teknologi penting dalam kewangan Islam

KUALA LUMPUR: Peningkatan teknologi dan penggunaan digital telah membentuk semula sikap pelabur dan akses kepada maklumat, justeru adalah penting untuk mengasimilasikan inovasi dengan pengetahuan dan amalan Syariah sedia ada dalam usaha untuk mengembangkan kewangan Islam.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata ini akan membolehkan industri melaksanakan penambahbaikan penyelesaian Islam untuk manfaat masyarakat, ummah dan masyarakat global.

“Kekuatan kewangan Islam terletak pada tujuan asas yang mudah, iaitu memperjuangkan kebaikan sosial.

“Ini memastikan impaknya dirasai oleh semua pihak, daripada pelabur individu kepada perniagaan inovatif dan komuniti yang lebih luas,” katanya ketika berucap pada majlis penganugerahan Anugerah Diraja Kewangan Islam.

Awang Adek berkata usaha yang berterusan pelopor industri itu telah menghasilkan produk dan perkhidmatan Islam kontemporari yang diterima secara meluas hari ini.

“Kepimpinan menerusi pemikiran memang menjadi tonggak penting bagi Bank Negara Malaysia (BNM) dan SC dalam memajukan pembangunan kewangan Islam, yang kami percaya Malaysia adalah peneraju global.

“Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, anugerah berkenaan mengiktiraf individu yang berwawasan dengan pencapaian cemerlang sepanjang hayat yang menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan kewangan Islam dan kemajuan sosio-ekonomi masyarakat di seluruh dunia,” katanya.

Pada majlis itu, Tan Sri Mohd Daud Bakar telah dinamakan sebagai pemenang Anugerah Diraja tahun ini atas komitmen dan semangatnya terhadap kewangan Islam.

“Kualiti inteleknya, rasa profesionalisme yang kuat, dan kelayakan yang cemerlang telah menjadikan beliau sebagai contoh untuk pengamal kewangan Islam di seluruh dunia,” tambah Awang Adek.

– Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts