Internet masjid buat asnaf

 

SEREMBAN: Masjid Ar Raudah Taman Rasa Sayang di sini, membantu asnaf dan kariah yang memerlukan dengan membekalkan akses internet secara percuma.

Internet itu disediakan bagi keperluan 200 pelajar sasaran untuk mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Pengerusi masjid, Zulkifli Muhamed berkata, golongan itu dibekalkan kad sim dengan capaian internet dengan fasa pertama buat 50 pelajar terutama kepada mereka yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Program Membekalkan Akses Internet (MAI) ini dibuat selepas ada keluarga asnaf bimbang pembelajaran anak mereka tergendala kerana ketiadaan capaian internet.

“Kalau mereka ada pun, capaiannya terpaksa dikongsi menjadikan data sangat terhad. Jadi kita buat untuk membantu mereka memerlukan,” katanya hari ini.

Penerima bantuan itu, Suhaila dan kembarnya, Suhaili Md Zahar, 17, yang bakal menduduki SPM memberitahu sangat bersyukur terpilih menerima kemudahan itu.

“Bagi kami belajar dalam talian tidak rumit tetapi yang susahnya apabila tiada internet atau kerap tergendala.

“Ibu kami terpaksa tambah nilai data untuk dua orang dan sekali ‘topup’ RM10 atau RM20, yang kami terpaksa minta duit dengan abang yang bekerja,” kata mereka. -My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Keberkatan sahur

  1. RASULULLAH ﷺ sangat menggalakkan kita umat Islam agar bersahur. Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah ﷺ menyebutkan:…