Interpol keluarkan Yusuf Qaradawi daripada senarai dikehendaki


LONDON – Tokoh ulama Islam Mesir, Dr Yusuf Al-Qaradawi dikeluarkan daripada senarai buruan Polis Antarabangsa (Interpol), lapor agensi berita Anadolu.

Sumber pejabat al-Qaradawi mengesahkan menerima pemberitahuan rasmi daripada Interpol mengeluarkan bekas Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa itu daripada senarai individu yang dikehendaki, sekali gus menyifatkan ia sebagai tindakan positif.

Interpol menarik balik notis merah nama Qaradawi pada 30 November lalu, sekali gus membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Iraq dan Mesir.

Pihak berkuasa Mesir menuduh Qaradawi melakukan pelbagai jenayah – termasuk pembunuhan dan rompakan – selepas rampasan kuasa Mesir pada 2013, sehingga mendorong Interpol mengeluarkan waran tangkap.

Ulama terkenal itu sering mengkritik Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi yang mengetuai rampasan kuasa pada 2013 dan menggulingkan Mohamed Morsi. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts