Islam mampu bangkit berkuasa dengan kesatuan ummah

 

MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang percaya Islam mampu bangkit semula untuk berkuasa sebagai pemerintah di negara ini sekiranya orang Islam yang memiliki pelbagai fahaman dan latar belakang berbeza dapat disatukan dengan satu matlamat.

Bagaimanapun katanya, perjuangan untuk menyatukan umat Islam bukanlah suatu perkara mudah kerana setiap dakwah dan usaha itu pasti berhadapan pelbagai dugaan dan cabaran.

“Kalau kita nak menang semula, kita mestilah terlebih dahulu menyatukan semua orang Islam
yang memiliki pelbagai fahaman, biar orang Islam ada kekuatan untuk bangkit dan menang semula, kita kena menang semula, biar orang Islam ada kekuatan, bila orang Islam ada kekuatan, orang bukan Islam akan tunduk kepada kita.

“Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, kita menyaksikan bagaimana terbentuknya sebuah kerajaan yang dikuasai orang bukan Islam sedangkan orang Islam ada 65 peratus, orang bukan Islam hanya 35 peratus, tetapi mereka boleh menguasai orang Islam.

“Puncanya ialah kita orang Islam tak sedar, asyik berkelahi, berbalah sesama sendiri, sebab itulah kita sedang usahakan untuk menyatukan orang Islam yang pelbagai fahaman ini sehingga mereka menjadi umat yang kuat dan gagah,” katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika berucap selepas mengimamkan Solat Hajat Perdana sempena program Munajat dan Solat Hajat Perdana Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Rusila di sini, malam semalam yang disertai lebih 3,000 penyokong Pas.

Yang turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri yang juga Yang Dipertua Pas Marang, Yahaya Ali; Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang dan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Menurut Abdul Hadi, Islam akan dapat menguasai orang bukan Islam sekiranya usaha mengembalikan kekuatan ummah dapat dilakukan dengan syarat mereka mesti kembali kepada perjuangan Islam.

“Inilah dakwah dan perjuangan, inilah perancangan kita, tetapi nak ajak kepada (penyatuan ummah) Islam ini, terdapat banyak musuhnya, musuh-musuh berada di sekeliling, semua kumpulan yang bukan Islam menentang kita, mereka tidak mahu Islam naik, semua tidak mahu Islam berkuasa semula, mereka mencari jalan untuk melalai dan melekakan orang Islam,” katanya. – Utusan Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts