Sekat filem mengelirukan, sentuh sensitiviti agama – Mapim

SHAH ALAM – Kerajaan perlu menyekat filem yang mengelirukan dan menyentuh sensitiviti agama.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kesucian agama Islam di negara ini tidak boleh dicabar sewenang-wenangnya atas nama kebebasan pendapat walaupun atas nama seni budaya serta bahan ilmiah.

“Kami berpandangan kontroversi filem ‘Mentega Terbang’ harus mengingatkan pihak berkuasa bahawa masih ada pihak yang mahu mencetuskan polemik dan konflik antara agama di negara ini.

“Walaupun filem tersebut sudah tiada di platform media penstriman, namun ia sudah cukup menyerlahkan pemikiran yang keliru dan mempersoalkan pegangan akidah masyarakat Islam yang sangat sensitif dengan isu agama.

“Kami menggesa pihak berkuasa memanggil penerbit dan pengarah filem tersebut supaya dapat menjelaskan implikasi filem itu kepada masyarakat Islam,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Filem indie itu ditayangkan di platform media penstriman bermula 19 Januari lalu.

Namun, beberapa babak di dalam filem berkenaan menimbulkan persoalan serius termasuk dialog seorang ayah yang membenarkan anaknya untuk menukar agama lain.

Tambah Mohd Azmi, Malaysia adalah negara yang bertunjangkan Islam dan penerbit filem itu perlu akur kepada dasar negara berkaitan dengan sensitiviti agama dan bagaimana filem tersebut boleh mencetuskan kemarahan umat Islam. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts