Israel akan eksploitasi krisis Arab untuk bunuh kami, kata Hamas

 

SEMENANJUNG GAZA – Hamas mengkritik kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Abdel Al-Jubeir, bahawa Qatar mesti berhenti daripada menyokong pergerakan Palestin itu sebagai syarat menamatkan perselisihan dengan jirannya itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Hamas berkata, mereka adalah pergerakan sah yang menentang penjajahan Zionis, dan yang mewakili negara-negara Arab dan Islam.

Semalam, Al-Jubeir yang dalam lawatan ke Perancis berkata, Qatar telah menjejaskan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan Mesir apabila memberi sokongan kepada Hamas dan Ikhwanul Muslimin.

“Ini bukan sesuatu yang baik. Qatar mesti berhenti dan menamatkan polisi ini supaya mereka dapat membantu keamanan di Timur Tengah,” kata Al-Jubeir.

Menjawab kenyataan itu, Hamas berkata:

“Bukan menjadi rahsia lagi bagaimana Zionis akan mengeksploitasi kenyataan itu dengan melakukan lebih banyak pelanggaran dan jenayah terhadap rakyat Palestin, tanah dan maruah kami dan hak terhadap Jerusalem serta Masjidil Aqsa.”

Hamas menegaskan kenyataan Al-Jubeir mencabuli undang-undang antarabangsa dan Arab serta kedudukan Islam yang menekankan hak rakyat rakyat Palestin untuk menentang dan memperjuangkan kebebasan tanah air mereka serta Tanah Suci.

Hamas menggesa Arab Saudi untuk menghentikan kenyataan itu yang boleh merosakkan kedudukan Riyadh dalam isu rakyat Palestin dan hak-hak mereka. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
  1. Terlalu banyak fitnah dialami umat Islam kini. Mohon pertolongan Allah swt untuk menolong umat Allah akhir zaman ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts