Israel cemari kesucian al-Aqsa

image (1)

 

BAITULMAQDIS – PALESTIN. Kumpulan pelampau Yahudi diiringi rejim Zionis bertindak biadab menyerbu pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur hingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk Palestin, awal pagi semalam.

Tentera Israel turut melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru keluli bersalut getah untuk menyuraikan mereka.

Saksi mendakwa beberapa orang cedera ditembak dan kira-kira empat penduduk Palestin juga diberkas dalam insiden itu.

Sementara itu, Pusat Kajian Banduan Palestin (PPCS) mendedahkan kira-kira 330 penduduk Palestin telah ditahan oleh rejim Zionis sejak awal Ramadan lalu.

Jurucakapnya, Riyad al-Ashqar berkata kebanyakan tahanan adalah wanita, warga emas dan lebih 60 kanak-kanak.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/global/israel-cemari-kesucian-al-aqsa-1.536596

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts