Israel kerah 100 penembak tepat di Semenanjung Gaza

 

SEMENANJUNG GAZA – Askar rejim Israel mengerahkan lebih 100 penembak tepat di sempadan Gaza menjelang demonstrasi besar-besaran penduduk Palestin berhampiran kawasan itu, esok.

“Kita telah mengerahkan lebih daripada 100 penembak tepat dari semua unit tentera, terutama daripada pasukan khas,” kata Ketua Tentera Israel, Leftenan Jeneral Gadi Eizenkot.

Katanya, pasukan berkenaan dibenarkan menggunakan peluru hidup untuk mengawal peserta bantahan yang menuntut hak pelarian Palestin pulang ke Israel dikembalikan.

Ribuan rakyat Palestin dijangka menyahut seruan mengadakan bantahan ke kawasan bandar di lima lokasi sepanjang sempadan sensitif itu, sempena Hari Tanah dan ulang tahun ke-70 pengusiran penduduk dari tanah mereka, esok.

Hari Tanah adalah upacara tahunan bagi memperingati peristiwa berdarah 30 Mac 1976. Ia telah diiktiraf sebagai peristiwa penting kepada rakyat Palestin dalam memperjuangkan hak tanah mereka daripada negara haram Israel.

Hari Tanah adalah sebagai peringatan bahawa rakyat Palestin akan sentiasa mempertahankan tanah mereka, berdepan pendudukan dan keganasan rejim Israel. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts