Jadikan isu Palestin silibus pendidikan di sekolah

 

BANGI – Persidangan Meja Bulat MyAqsa Ulama Sedunia Mengenai Baitulmaqdis memutuskan bahawa adalah haram untuk bersekongkol dengan kerajaan Zionis dalam semua bidang, sama ada politik, ekonomi, pengetahuan dan media.

Persidangan juga menggesa supaya disenaraikan individu dan organisasi yang menerima bantuan Zionis dan memberi amaran kepada mereka supaya memutuskan hubungan dengan rejim itu.

 

 

Dalam satu kenyataan bersama Yayasan MyAQSA, Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan Kesatuan Ulama Palestin Diaspora berkata, persidangan itu juga menuntut Pihak Berkuasa Palestin bersatu padu dengan gerakan-gerakan pembebasan serta menghentikan segala bentuk hubungan dan perjanjian antara rejim Zionis dan pentadbiran Amerika Syarikat.

“Persidangan menyeru kepada sektor pendidikan di setiap negara untuk menjadikan isu Palestin sebagai sebahagian daripada silibus pengajaran dan pembelajaran serta dibantu oleh saluran penerangan secara holistik dalam mempertingkatkan kesedaran tentang Al-Quds,” kata kenyataan itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa: bit.ly/subuhaqsa

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts