Israel lancar lagi serangan ke atas Gaza

 

BANDAR GAZA – Jet-jet pejuang Israel melancarkan serangan ke atas Gaza lewat malam semalam sebagai tindakan balas terhadap serangan roket, kata sumber-sumber keselamatan di wilayah Palestin itu ketika para pengantara berusaha untuk menamatkan pergaduhan terbaharu itu.

Roket-roket dilancarkan ke arah Israel tetapi mendarat di wilayah Palestin, menurut beberapa saksi dan pasukan keselamatan Gaza.

Tentera Israel berkata, dua roket meletup dekat pagar sempadan tetapi ia tidak mengesahkan serangan udara yang terbaharu.

Sumber-sumber Palestin melaporkan kerosakan kecil berlaku tetapi tidak ada kecederaan dilaporkan selepas serangan itu di Khan Yunis, selatan Gaza.

Pertempuran terbaharu itu diikuti dengan tembakan anti kereta kebal pada waktu pagi menentang kedudukan Hamas iaitu sebuah kumpulan Islam yang menguasai Genting Gaza.

Jet-jet pejuang Israel mengebom Gaza hampir setiap malam sejak 6 Ogos lalu sebagai tindak balas terhadap belon api Palestin atau kadangkala serangan roket dari sempadan wilayah itu.

Ia juga mengetatkan lagi sekatan selama 13 tahun ke atas Gaza yang dihuni kira-kira dua juta penduduk.

Pertempuran itu berlaku selepas satu delegasi Mesir cuba untuk menjadi broker bagi mengembalikan semula satu gencatan senjata yang tidak rasmi.

Satu sumber yang rapat dengan Hamas berkata, kerajaan Israel memberitahu delegasi tersebut menjangkakan situasi kembali tenang sebelum menimbangkan beberapa peruntukan dalam gencatan senjata itu seperti memperluaskan zon industri Gaza dan pembinaan talian elektrik yang baharu. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts