Israel lancar peluru berpandu ke Gaza

GAZA: Tentera Israel melancarkan serangan udara di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza malam tadi.

Lapor Quds News Network, pesawat perang Zionis Israel melepaskan tembakan sekurang-sekurangnya tiga peluru berpandu di Khan Younis, selatan Gaza.

Jet pejuang Israel turut menyerang tanah pertanian yang kosong di kawasan kejiranan Al-Zaytoun.

Sehingga kini, belum dapat dipastikan sama ada berlaku kematian mahupun kecederaan melibatkan orang awam.

Mesir menutup lintasan Rafah di sempadannya dengan Semenanjung Gaza mulai kelmarin sehingga tarikh yang dimaklumkan kelak, kata sumber keselamatan Mesir.

Menurut dua sumber keselamatan Mesir, penutupan itu dibuat atas sebab keselamatan berikutan keadaan memuncak pada Sabtu lalu antara Israel dengan Hamas, dengan pesawat Israel membedil Gaza menyusuli tembakan melepasi sempadan Gaza dengan Israel pada awal hari itu.-AGENSI

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts