Banjir: Umat Islam diseru adakan solat hajat, bacaan Yasin

Kuala Lumpur: Umat Islam di seluruh negara diseru melaksanakan solat sunat hajat dan membaca surah Yasin bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara, susulan bencana banjir yang melanda negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, beliau juga sudah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin selepas solat Maghrib malam ini di tiga masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

“Saya juga memohon kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

“Pada malam ini, saya dan anggota agensi hal ehwal Islam akan bersama-sama jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau turut meminta kerjasama jabatan agama Islam negeri agar bersama-sama mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin di masjid dan surau di negeri masing-masing bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan negara. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts