Israel lancar serangan terhadap Syria melalui ruang udara Lubnan

DAMSYIK– Negara haram Israel melakukan beberapa serangan udara terhadap Syria menerusi ruang udara Lubnan, menurut media tempatan.

Sumber keselamatan peringkat tinggi memberitahu Sputnik Rusia bahawa, tentera pertahanan udara Syria diserang dengan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat Israel dari ruang udara Republik Lubnan, cuba menyasarkan sekitar ibu kota Damsyik, dari sisi barat daya.

Bagaimanapun, sumber itu mengesahkan bahawa peluru berpandu pihak Syria dapat memintas kebanyakan peluru berpandu negara haram Israel sebelum mencapai sasarannya.

“Pasukan teknikal sedang menilai kerosakan yang disebabkan oleh pencerobohan Israel,” kata sumber itu.

Israel difahamkan menyasarkan lokasi ketenteraan milik tentera rejim Syria yang digunakan oleh militia pro-Iran untuk mencipta senjata di daerah Barzeh dan Jamraya di kawasan luar bandar ibu negara, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts