Israel mahu laksanakan penghapusan etnik Palestin secara total

Rancangan pihak rejim Israel berkaitan serangan darat ke atas Gaza mula diwar-warkan, dalam usaha untuk mengurus pandangan awam rakyat Israel yang mula bimbang terhadap hasil yang masih belum memuaskan pihak mereka. Oleh itu, perbincangan di kalangan rakyat Israel telah dimulakan dengan usaha untuk menggulingkan pemerintahan Hamas dengan menggunakan perjuangan berperingkat seperti ‘The Iron Dome’ sambil mengambil strategi untuk mengukuhkan justifikasi jenayah serangan itu di peringkat dunia. 

Kemudian, dalam fasa seterusnya, mereka merancang untuk menentukan kawasan keselamatan seluas satu hingga tiga kilometer, dengan tujuan mencapai kestabilan keselamatan dalam tempoh 5-10 tahun di bawah pemerintahan kerajaan tempatan Palestin yang bergantung kepada kekuatan antarabangsa, tanpa memiliki solusi penyelesaian jangka panjang atau penyelesaian menyeluruh bagi konflik tersebut.

Ron Ben Yishai, seorang pakar ketenteraan Israel, mengakui bahawa perubahan dari ‘situasi A’ hingga ‘situasi Z’ di Gaza dan pencapaian penyelesaian yang stabil dalam jangka pendek dan sederhana selepas perang, berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan, adalah bergantung pada beberapa senario asas. 

Menurut Yishai, senario pertama adalah keberadaan sayap ketenteraan Palestin Hamas dan Jihad Islam yang hanya beberapa ratus meter dari penempatan haram serta 70 kilometer sahaja dari Tel Aviv, merupakan satu ancaman kepada keselamatan Israel. 

Kedua, keperluan asas untuk mengubah situasi di Gaza adalah dengan menyingkirkan pemerintahan Hamas dan merosakkan kemampuan ketenteraannya, kerana semangat jihad adalah sesuatu yang mustahil untuk dihancurkan, tetapi ia boleh dihalang. 

Senario ketiga berkaitan dengan aspek politik dan serantau, dengan kemungkinan penyertaan Hezbollah dan pihak-pihak lain seperti blok Iran dalam peperangan di Gaza, bakal membuka pakatan lain di utara, yang meningkatkan keperluan Israel terhadap sokongan politik, legitimasi, logistik, dan sokongan operasi dari Amerika Syarikat. 

Keempatnya adalah kesedaran bahawa pada masa ini tiada siapa di dunia, termasuk Amerika Syarikat, mempunyai solusi praktikal untuk penyelesaian jangka panjang yang stabil bagi konflik yang aktif di sempadan Gaza atau konflik Palestin-Israel. Selain itu, tiada jalan untuk menghapuskan gerakan-gerakan Islam. – Aman Palestin

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts