Jenazah Covid-19 tidak perlu ditayamum jika berisiko – Mufti Selangor

Klang: Jenazah Covid-19 di Selangor tidak perlu melalui proses tayamum sekiranya memberi risiko jangkitan kepada pihak yang melakukan proses berkenaan, kata Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Ophir.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 7 Ogos lalu, dan telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 11 Ogos.

“Sekiranya Kementerian Kesihatan (KKM) di bahagian forensik mengatakan ada risiko untuk mandikan jenazah secara fizikal dan tayamum, maka tidak perlu lagi untuk ditayamumkan di atas beg jenazah itu. Hanya perlu dikafankan, disolatkan dan dikebumikan,” katanya.

Beliau berkata, gugur kewajipan untuk memandikan atau tayamum jenazah tersebut sekiranya KKM berpandangan bahawa ia boleh memberi risiko, namun keputusan risiko itu adalah ditentukan oleh setiap jabatan forensik, di hospital masing-masing di Selangor.

“Sekiranya pihak hospital berkata ada risiko jangkitan untuk mandikan secara fizikal biasa, tayamum pun ada risiko itu maka gugur kewajipan, maknanya tidak perlu untuk ditayamumkan di atas beg jenazah,” katanya kepada media selepas Majlis Serahan Set Peralatan Perlindungan Diri (PPE) Pengurusan Jenazah Covid-19 di Masjid Jamek Ar-Rahimiah hari ini.

Dalam majlis tersebut, beliau menyaksikan penyerahan sumbangan 7,000 set peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai RM385,000, oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Saipolyazan M Yusop kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, bagi kegunaan petugas-petugas pengurusan jenazah Covid-19 di Selangor. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Quranis: Antihadis alaf baru

  1. Antara kesesatan yang cuba disebarkan di kalangan umat Islam ialah pemikiran “antihadis”. Penganutnya mendakwa bahawa sunnah/hadis…