Israel sedang rampas Al-Aqsa daripada tangan umat Islam

 

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran bahawa rejim Zionis Israel sedang melakukan cubaan untuk merampas Masjid Al-Aqsa daripada tangan umat Islam.

“Adalah tidak boleh diterima untuk mengatakan umat Islam yang berkunjung ke tanah suci itu sebagai pengganas. Setiap orang yang mengenali Israel, bimbang dengan larangan yang dikenakan di Masjid Al-Aqsa bukan disebabkan langkah kawalan keselamatan.

“Israel sedang mencuba untuk merampas Al-Aqsa daripada umat Islam dengan memberi alasan menangani keganasan,” katanya dalam pertemuan dengan pemimpin parti AKP, semalam.

Sambil tegas mengutuk larangan yang dikenakan negara Yahudi itu terhadap umat Islam untuk memasuki Masjid Al-Aqsa, beliau menggesa umat Islam seluruh dunia mempertahankan Al-Aqsa.

“Apabila tentera Israel cuai dan mencemarkan Masjid Al-Aqsa menerusi tindakan tempur hingga menyebabkan pertumpahan darah di situ, alasan mereka boleh melakukannya, kerana kita sebagai umat Islam tidak melakukan sesuatu yang mencukupi untuk mempertahankan Jerusalem.

“Di sini, saya menyeru umat Islam. Sesiapa sahaja yang ada peluang perlu melawat Jerusalem, Masjid Al-Aqsa. Marilah kita sama-sama mempertahankan Jerusalem,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts