Israel serang pusat makanan ketika kebuluran mencengkam Gaza

Serangan Israel ke atas pusat pengedaran makanan di selatan Gaza, Rafah mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang, kata pegawai kesihatan Palestin.

Serangan itu berlaku ketika Israel kononnya akan membantu mendapatkan lebih banyak bantuan ke bahagian utara wilayah Palestin di tengah-tengah kebimbangan kebuluran.

Tentera Israel berkata, pihaknya sedang meneliti insiden di Rafah, di mana lebih separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza berlindung, selepas agensi utama PBB untuk Palestin (UNRWA) mendakwa salah satu kemudahannya terjejas.

Seorang kakitangan UNRWA adalah antara lima yang terbunuh dan 22 yang lain cedera, kata agensi tersebut, walaupun koordinat kemudahan itu  dikongsi dengan tentera Israel.

“Serangan hari ini ke atas salah satu daripada sebilangan kecil pusat pengedaran UNRWA yang masih ada di Semenanjung Gaza berlaku ketika kehabisan bekalan makanan, kelaparan berleluasa dan di beberapa kawasan bertukar menjadi kebuluran,” kata Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini.

PBB telah memberi amaran bahawa sekurang-kurangnya 576,000 orang di Gaza – satu perempat daripada penduduk – berada di ambang kebuluran.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertekad mahu UNRWA digantikan oleh agensi lain tanpa menjejaskan pengagihan bantuan, susulan dakwaan agensi itu mempunyai kaitan dengan Hamas.- Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts