Israel tangkap Sheikh Raed Salah untuk takutkan rakyat Palestin: Hamas

 

MINA – Tindakan Israel menangkap semula pejuang Masjid Al-Aqsa, Sheikh Raed Salah memperlihatkan rejim itu takut dengan bayang-bayang sendiri.

Jurucakap gerakan Islam Hamas, Hussam Badran berkata, tindakan Israel itu mahu menakutkan umat Islam Palestin, kononnya mereka berkuasa.

“Israel jika boleh mahu menangkap semua tokoh dan ikon Islam di seluruh wilayah Palestin yang diduduki puak Yahudi itu.

“Kali ini, tindakan menangkap dan menjatuhkan hukuman terhadap Syeikh Raed Salah langsung tidak berasas, walhal mereka yang melanggar hak orang Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Zionis yang menangkap Syeikh Raed Salah minggu lalu atas dakwaan mempertahankan masjid al-Aqsa dan menyokong gerakan Islam di wilayah Palestin.

 

 

Dilaporkan, askar Zionis menggeledah rumah pemimpin Islam itu dan membawanya ke pusat soal siasat Israel, di Shin Bet.

Pada November 2016, kerajaan Israel telah mengharamkan Pergerakan Islam Palestin 1948 atas alasan pertubuhan itu menyemai kebencian dan berselindung di bawah slogan ‘Aqsa dalam bahaya’.

Sheikh Raed dalam kenyataannya sebelum ini berkata, jika beliau diberi pilihan antara memasuki penjara atau berhenti memperjuangkan Masjid Aqsa, beliau lebih rela dipenjara. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts