Isu arak berjenama ‘Timah’

Saya secara peribadi merasakan pemilik syarikat dan jenama itu layak dilucutkan kerakyatan.

Penjenamaan memerlukan satu proses yang panjang, lebih-lebih lagi jika ia merupakan sebuah industri yang memerlukan modal yang besar dan mahu meraih keuntungan yang besar. Pasti setiap sudut dalam produk itu diambil kira dengan begitu teliti dan penuh cermat.

Ini bermakna setelah melalui proses yang begitu panjang dan teliti, mereka tetap tidak dapat mencerap senstiviti umat Islam setempat, yang lebih menunjukkan mereka sengaja memilih nama yang sangat dekat dengan umat Islam itu sendiri.

Ia adalah penghinaan, kurang ajar, dan biadab yang dilakukan oleh sesetengah orang yang walaupun sudah bertahun-tahun membina kekayaan di negara Malaysia, tapi masih tidak faham-faham apa yang sepatutnya mereka lakukan sebagai rakyat Malaysia.

Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Syamil Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

sumber gambar: mykmu.net

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
4
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts