Isu kalimah Allah: Adakah strategi Kristianisasi?

 

1. VIDEO yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Wong Wai Hung ini memaparkan pemerhatian yang dijalankan mengenai penggunaan kalimah Arab oleh missionari Kristian bagi menyebarkan dakyah mereka.

2. Secara umumnya, ia menggambarkan bagaimana pihak Kristian berusaha memahami konteks masyarakat bagi menyampaikan mesej agama Kristian.

Pengalaman yang berlaku di India, Korea dan China dikongsikan dalam video tersebut menunjukkan bagaimana pihak Kristian sentiasa berusaha memahami konteks masyarakat setempat bagi menyampaikan ajaran Kristian.

3. Kajian PhD yang dijalankan di Concordia Seminary mengesahkan strategi ini. Pihak missionary di Korea berusaha memahami konteks masyarakat Korea dalam usaha menyampaikan mesej Kristian.

JongPil Yoo dalam penyelidikan PhD beliau menyatakan: “Contextualization is to communicate the gospel in a context. Therefore, contextualization is useful for mission to connect between Christianity and the context,”

4. Begitu juga dengan usaha terjemahan Bible di Malaysia satu ketika dahulu. Robert Hunt dalam artikelnya menegaskan bahawa beberapa perkataan yang telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Malaysia hendaklah dikekalkan seperti perkataan Isa al-Masih (bagi menggantikan perkataan Yesus).

5. Manakala perkataan-perkataan yang mempunyai sensitiviti dalam kalangan orang Melayu seperti perkataan yang biasa digunakan oleh pihak istana seperti Semayam tidak dimasukkan.

Begitu juga perkataan Fasik (jahat) dan Bait (rumah) dikeluarkan kerana orang Melayu jarang menggunakan perkataan tersebut.

6. Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penggunaan perkataan setempat yang sesuai dengan konteks masyarakat setempat adalah salah satu usaha menyampaikan mesej Kristianiti.

7. Dengan itu timbul persoalan di sini, apakah usaha tuntutan pihak tertentu dalam memggunakan perkataan Allah, Kaabah, Solat dan sebagainya adalah salah satu usaha bagi melihatkan agama Kristian sangat hampir dengan masyarakat setempat?

Semoga Allah membimbing kita. -Ismaweb

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts