Isu RIP: ‘Pakai pandangan mufti kita’

Kuala Lumpur: Umat Islam di negara ini perlu mengikut pandangan mufti dan ulama tempatan berkait ucapan rest in peace atau RIP bagi menzahirkan takziah kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, pandangan mufti tempatan perlu menjadi rujukan.

“Kita pakai pandangan mufti kita,” katanya ringkas kepada media selepas Majlis Perhimpunan Dwibulanan Agensi Hal Ehwal Agama di sini hari ini.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan bahawa umat Islam tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam atau dilarang mengucapkan Rest in Peace atau singkatannya RIP.

Kata kenyataan itu, Islam sangat menghormati kematian manusia yang mana sunnah bagi orang Muslim mengucapkan takziah dan ucapan-ucapan yang baik kepada orang bukan Islam.

Katanya, memberi doa keamanan dan ketenangan buat orang bukan Islam yang meninggal dunia adalah dilarang menurut nas.

Namun sarjana terkenal Turki, Mustafa Akyol berpendapat bahawa orang Islam boleh mengucapkan RIP bagi melahirkan takziah kepada kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.

Beliau berkata, belas kasihan Allah tidak tertakluk kepada orang Islam saja.

Menurutnya, kenyataan pejabat mufti itu adalah pandangan biasa dalam kalangan orang Islam hari ini mengenai hari yang di mana orang bukan Islam ditempatkan di neraka dan orang Islam tidak dibenarkan mendoakan roh mereka.

Katanya, pandangan itu wujud kerana tradisi Islam arus perdana, yang dicipta ketika zaman konflik keagamaan dan keagungan, tidak dapat menerima ‘mesej toleransi, universal al-Quran’. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts