Itali bakal jadi negara Islam: Paderi

 

LOS ANGELES – Seorang Ketua Biskop Katolik memberi amaran Itali akan menjadi sebuah negara Islam dalam satu dekad jika negara itu terus meliberalisasikan dan membuka pintu kepada pelarian Islam.

Ketua Bishop Itali, Carlo Liberati berkata, kebangkitan sekularisme dan kemasukan pendatang Islam akan mengubah negara itu selama-lamanya.

“Dalam masa 10 tahun kita semua akan menjadi orang Islam kerana kebodohan kita. Rakyat Itali dan Eropah hidup dalam cara pagan dan ateis. Mereka membuat undang-undang yang menentang tuhan, dan mereka mempunyai tradisi yang cenderung kepada paganism. Semua keruntuhan moral dan agama ini adalah nikmat bagi Islam,” dakwanya.

“Kita punyai iman Kristian yang lemah. Gereja pada masa kini tidak berfungsi dengan baik, dan seminar kosong. Gereja adalah satu-satunya perkara yang masih berdiri.

“Kita perlu cara kehidupan Kristian yang benar. Semua ini hanya membuka jalan untuk Islam. Kebangkitan sekularisme dan ateisme juga nikmat penyebaran Islam,” dakwa Ketua Biskop itu.

Amaran itu muncul selepas Itali membuka pintunya kepada pelarian Islam, di mana ia mengambil satu pertiga daripada satu juta pelarian, bagi dua tahun lepas sahaja.

Pada tahun 1970, Itali adalah rumah kepada hanya 2000 orang Islam. Hari ini, bilangan itu sudah melebihi dua juta.

Ketua Biskop juga menyifatkan warga tua di Itali bagai “makan dari tong sampah”, sampai bangsa itu menerima lagi 5 juta warga asing sementara pengangguran belia masih menjadi masalah utama.

Gereja, yang merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa telah banyak melakukan usaha untuk mengalu-alukan dan menyokong pelarian, tetapi dia mendakwa kerajaan Itali tidak berusaha menjaga kepercayaan orang Itali dan menjadikan rakyatnya sebagai keutamaan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts