Jadi penceramah yang hebat untuk sampaikan islam

KUALA TERENGGANU – Setiap orang perlu tanam sebuah impian untuk menjadi seorang penceramah yang hebat untuk menyampaikan dakwah Islam kepada seluruh masyarakat.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) To’ Puan Hajah Zarani Othman berkata, ia merupakan langkah yang membanggakan dan perlulah berusaha gigih, perbaiki pengetahuan agama dan latih kemahiran berkomunikasi bagi mencapai matlamat tersebut.

“Kita yang berada dalam majlis ini bukan nak mengajar orang sahaja tetapi sebenarnya untuk perbetulkan diri kita.

“Kita nak peringatkan diri di samping berkongsi dengan mad’u dan kawan-kawan apa yang nak disampaikan kerana Nabi Muhammad saw selalu sebut, sampaikanlah walaupun sepotong ayat.

“Ini menjadi tanggungjawab kita dan niat mesti kena ikhlas serta mesti benar dalam percakapan dan perbuatan,” jelasnya.

Turut hadir sama Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat , Dr Rosni Adam dan ketua Penerangan Muslimat Negeri, Hajah Maznah Muftahuddin.

Justeru itu, beliau menyeru kepada semua agar meletakkan keikhlasan dalam diri kerana Allah swt dalam melakukan apa jua pekerjaan.

“Ketika kita melaksanakan dan mentaati perintah Allah dalam menyampaikan dakwah dan seruan kepadaNya, kita menjadikan Allah sebagai keutamaan serta meningkatkan kesucianNya.

“Sememangnya kita hadapi banyak cabaran dan ujian terutama dalam zaman moden pada hari ini,” ujarnya.

Beliau menambah, antara cabaran besar musuh ialah mereka senantiasa mencari jalan untuk menjatuhkan apa yang dibawa oleh umat Islam.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts