Jadikan Ramadan ruang muhasabah diri: Sultan Selangor

 

PERMAISURI Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1442 Hijrah kepada umat Islam khususnya rakyat Selangor.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, baginda berdua bertitah supaya umat Islam menjadikan Ramadan sebagai ruang untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri.

“Sebagai hamba ALLAH yang beriman, wajib bagi setiap umat Islam, menjadikan bulan Ramadan sebagai medan untuk menginsafi dan bermuhasabah diri supaya menjadi hambaNYA yang benar-benar beriman dan Muslim yang cemerlang di dunia dan di akhirat,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Kenyataan itu turut menyebut, baginda berdua berkenan menasihatkan umat Islam meneruskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika menunaikan solat terawih dan program pengimarahan Ramadan.

“Muslimin dan muslimat yang akan mengimarahkan masjid dan surau khususnya yang menunaikan ibadah terawih sepanjang bulan puasa ini (diingatkan) supaya terus menjaga SOP yang telah ditetapkan bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19 daripada terus menular.

“Baginda tidak mahu jumlah kematian disebabkan Covid-19 terus meningkat dan berharap semua pihak tetap waspada dan tidak lalai dalam mengamalkan norma-norma baharu ketika menjalani rutin di bulan Ramadan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, baginda sentiasa mendoakan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri terus berkekalan. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts