Puak liberal mahu ubah Perlembagaan berselindung atas nama harmoni

 

BANGI – Rakyat perlu mempertahankan Perlembagaan daripada ancaman pihak tertentu yang ketika ini dilihat cuba mengubah ‘rule of law’, kata Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Beliau berkata, dalam Perlembagaan terkandung satu kumpulan undang-undang yang cukup kuat untuk dijadikan asas kepada penegakan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Justeru, mereka (pihak liberal) yang tidak suka, akan ubah budaya dan Perlembagaan. Mereka mengubah budaya kita dengan memperkenalkan budaya baru bermula dengan silang budaya atas nama harmoni,” katanya pada Forum Khas Malaysia Negara Islam di Seremban, Negeri Sembilan pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana hendak menghadapi ancaman pihak yang agresif mencairkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Mengimbau peristiwa usaha kerajaan Pakatan Harapan yang cuba meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Fauzi berkata, sekiranya undang-undang berkenaan diterima, maka kerajaan sudah pasti akan mengubah Perlembagaan.

“Jika mereka tidak ubah pada penggal ini, mereka akan ubah pada penggal akan datang. Apabila ICERD diterima, empat atau lima tahun akan datang, negara akan ‘direview’ semula oleh PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) berkenaan pelaksanaan hak asasi manusia.

“Itu baru ICERD. Belum lagi konvensyen antarabangsa yang lain. Jika kita mula berkrompromi, semua akan pergi kepada perubahan Perlembagaan. Sekarang ini kita terus diasak,” katanya.

Pada masa sama, Fauzi menzahirkan kebimbangan beliau berhubung anggota dalam badan kehakiman yang dikuasai kumpulan yang tidak boleh diberi kepercayaan.

Beliau tidak yakin sekiranya mereka akan memihak kepada Perlembagaan berikutan sejarah mereka yang anti-Perlembagaan.

“Justeru, jika kita tidak memperkukuhkan lagi Perlembagaan, kita akan dirosakkan lagi dengan pelbagai perkara. Sebab itu dalam kempen Malaysia Negara Islam, kita sasarkan satu juta tandatangan untuk disembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong supaya baginda mengeluarkan titah Malaysia sebuah negara Islam.

“Kemudian kita akan serahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parlimen kerana kita mahu ia diwartakan,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts