Jangan biarkan rumah sunyi seperti kubur

Suasana sunyi di dalam rumah menjadi suatu kebiasaan. Lebih-lebih lagi apabila kediaman tersebut tiada anak kecil.

Namun, janganlah pula ia dibiarkan sepi begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti kerohanian di dalamnya. Begitu mudah unsur-unsur jahat berlabuh nanti.

Sebaiknya, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi mengingatkan agar kita sentiasa menghidupkan rumah dengan bacaan al-Quran atau zikir kepada-NYA.

Demikian peringatan Rasulullah SAW kepada umatnya kerana kediaman yang sunyi daripada perkara itu dianggap seperti kubur!

Ia sebagaimana sabda Baginda SAW: “Jangan jadikan rumah kami seperti kubur, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya Surah al-Baqarah.” (Hadis riwayat Muslim)

“Merujuk kepada huraian Sheikh Al-Mubarakfuri tentang hadis itu, beliau menjelaskan, apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW tentang ‘rumah seperti kubur’ ialah rumah-rumah yang sunyi daripada zikrullah mahupun alunan bait-bait kalamullah.

“Bahkan, perkara ini pernah disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW apabila Baginda memberikan perumpamaan orang yang berzikir adalah seperti jiwa yang hidup, manakala mereka yang berbuat demikian seumpama orang yang telah mati,” katanya dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

Menguatkan lagi hujah beliau, ahli akademik itu kemudian memetik pandangan Imam Ibnu Hajar dalam kitab Fath al-Bari.

Imam Ibnu Hajar menyatakan: “Janganlah jadikan rumah kamu hanyalah tempat untuk tidur sahaja. Tiada tempat di dalamnya untuk zikir dan bacaan al-Quran. Kerana sesungguhnya tidur itu adalah saudara kematian. Dan orang yang mati tidak membaca al-Quran dan solat.

Justeru, Ahmad Sanusi mengajak umat agar menghidupkan kediaman masing-masing dengan alunan al-Quran dan zikir.

HIDUPKAN kediaman masing-masing dengan alunan zikrullah dan bacaan al-Quran.

“Ketahuilah bahawa rumah yang dibaca di dalamnya al-Quran bukan sahaja disukai oleh ALLAH, malah dibenci syaitan hingga makhluk itu lari daripadanya,” coretnya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts