JAINJ laksana program Gerobok Rezeki di 269 masjid, surau

 

JOHOR BAHRU – Sebanyak 269 masjid dan surau di seluruh daerah di Johor dijadikan pusat agihan bagi program Gerobok Rezeki anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Timbalan Pengarah Operasi JAINJ, Anoar Sarimin berkata, Gerobok Rezeki itu mula dilaksanakan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membantu orang ramai yang terjejas pendapatan.

Menurut beliau, sehingga kini program itu mendapat sambutan menggalakkan daripada kariah masjid dan surau serta penduduk setempat yang turut menyumbangkan barangan asas seperti beras, minyak masak, telur, tepung dan gula pasir.

“Antara masjid yang menjadi pusat agihan termasuklah Masjid Kampung Kurnia, Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Masjid Kampung Melayu Pandan dan Masjid Taman Rinting di Johor Bahru.

“Barang-barang yang dalam Gerobok Rezeki ini juga disumbangkan oleh jemaah masjid,” katanya ketika ditemui di Masjid Kampung Kurnia di sini pada Ahad.

Anoar berkata, terdapat beberapa masjid dan surau meletakkan jadual untuk mereka mengambil barang tetapi ada masjid dan surau yang membenarkan boleh diambil pada bila-bila masa.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pihak pengurusan masjid dan surau untuk memastikan semua penerima dan penyumbang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Tambahnya, terdapat juga pengurusan masjid dan surau yang mengambil maklumat penerima bagi memastikan kebajikan golongan itu terus terjaga meskipun selepas menerima bantuan menerusi Gerobok Rezeki berkenaan. -Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts