Jakim bangunkan alat kesan status halal produk bukan makanan

Kuala Lumpur: Kebimbangan pengguna Muslim berkaitan status halal produk bukan makanan bakal diatasi dengan pembangunan alat pengesanan khas.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang membangunkan alat khas berkenaan.

Kata beliau, kerajaan memandang serius isu berkaitan kepentingan status halal produk di pasaran negara ini.

“Setakat Ogos lalu, kita mengendalikan 228 kes sijil halal makanan dengan nilai RM11.61 juta.

“Berkenaan isu kartel daging yang pernah menggemparkan negara dulu, kita sudah mendakwa mereka pada Februari 2021 dan perbicaraan penuh akan dijalankan pada 14 hingga 16 Disember ini.

“Berkaitan selain makanan, Jakim sedang bangunkan alat untuk memastikan barang yang bukan makanan seperti kosmetik, pakaian dan lain-lain…juga satu perkara serius diberi perhatian kerajaan, dan kita harap ia dapat diselesaikan Jakim dalam masa terdekat,” katanya pada Sesi Pertanyaan Bagi Soalan Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Maslan (Pontian-BN) berkaitan jumlah rampasan berkaitan sijil halal makanan dan pemantauan kementerian mengenai produk bukan makanan.

Sementara itu, Rosol berkata, kementerian tidak akan berkompromi dan bekerjasama rapat dengan semua pihak berkaitan isu produk halal.

“Kita mempunyai hubungan rapat dengan kementerian dan agensi berkaitan dengan produk halal.

“Kita turut adakan advokasi lebih kerap untuk pastikan apa yang berlaku itu dapat dilaksanakan di bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 kerana kita tahu, hal ini tidak dikompromi kerana membabitkan darah daging kita.

“Cuma apa yang berlaku di negara, kita tanda halal ini sebagai ‘value add’, bukan satu kewajipan. Oleh itu, kita seru pengguna, jika ada (status halal) yang meragukan, laporkan segera supaya kita dapat ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam-Bebas) mengenai sejauh mana libat urus kementerian bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di lapangan. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts