Jakim, Majlis Agama Islam Negeri pantau aktiviti tiga beradik mualaf

GEORGE TOWN – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) memantau aktiviti serta perkembangan tiga kanak-kanak mualaf yang kini berada dalam jagaan ibu bukan Islam.

Jelas beliau, pemantauan terhadap kanak-kanak itu dibuat mengikut beberapa resolusi yang digariskan oleh majlis agama Islam negeri dan pakar undang-undang.

“Urusan tiga kanak-kanak itu di bawah kuasa majlis agama Islam negeri dan kita hanya dimaklumkan perkembangan saja.

“Buat masa ini, semua urusan berjalan lancar dan tiada isu berbangkit membabitkan tiga kanak-kanak tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan tiga kanak-kanak yang kini berada dalam jagaan ibu beragama Hindu selepas diislamkan oleh bapa mereka.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, majlis agama negeri ini tidak terlibat dalam urusan kanak-kanak terbabit memandangkan mereka menetap di Sungai Petani, Kedah.

“Mereka (tiga beradik) itu hanya belajar di sebuah institusi agama di negeri ini (Pulau Pinang),” ujar beliau.

Pada 21 Februari lalu MalaysiaGazette melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan tiga orang kanak-kanak yang telah diislamkan tanpa kebenaran dikembalikan kepada ibu kandungnya dengan kadar serta merta.

Ketiga-tiga anak Low Siew Hong diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Agama Islam Perlis walaupun sebelum ini wanita itu telah mendapat hak penjagaan penuh.

Ketiga-tiga kanak-kanak yang berusia 10 hingga 14 tahun itu telah diislamkan oleh bapanya, Nagahswaran Muniandy pada 2019 yang ketika ini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah. – MalaysiaGazette

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts