JAKIM minta umat Islam hindari permainan Pokemon Go

Othman-Mustapha

 

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyeru umat Islam di negara ini supaya menghindarkan diri daripada permainan Pokemon Go.

Ketua Pengarah, Tan Sri Othman Mustapha, berkata JAKIM menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lalu yang tidak membenarkan umat Islam membabitkan diri dengan aplikasi permainan itu atas pelbagai faktor termasuk membawa kepada kemudaratan.

“Keputusan itu adalah selari dengan pandangan hukum oleh negara-negara Islam lain yang sudah membuktikan permainan Pokemon Go ini menjadi penyebab insiden yang membahayakan sehingga meragut nyawa.

“Permainan ini juga nyata mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

“Saranan ini juga selaras dengan kaedah syarak Saddu Al-Zara’i, di mana kita perlu mencegah atau menyekat jalan yang boleh membawa kepada kerosakan dan kemudaratan kepada diri kita,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/180761

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Lima kerosakan zina

  PERBUATAN zina pada akhir-akhir ini semakin berleluasa sehingga manusia daripada pelbagai peringkat umur seperti remaja, dewasa, orang…