Jangan cabar kedudukan Islam, ketuanan Melayu: Mufti Perak

 

IPOH – Kerajaan didesak bertanggungjawab memelihara amanah ummah agar mempertahankan keluhuran perlembagaan yang telah disepakati lebih 50 tahun lalu.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, adalah menjadi satu keperluan bagi rakyat Perak yang telah mengecapi kemakmuran mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang anasir dalaman dan luaran yang berhasrat menggugat keamanan negara ini.

Menurut Harussani, cadangan Ratifikasi iCERD dalam Malaysia akan menafikan kesepakatan kontrak sosial yang sudah lama dipersetujui antara kaum negara ini sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.

“Kesepakatan kontrak sosial akhirnya menatijahkan kejayaan setiap kaum dan etnik terhadap peranan masing-masing terhadap kemajuan dalam negara ini di mana semangat yang ditonjolkan adalah hasil daripada ketinggian dan keluhuran perpaduan kaum yang diikat dan dimeterai dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

“Peranan Bumiputera Melayu Islam sebagai penduduk asal di negara ini diperakui berasaskan catatan sejarah sebagai satu bangsa yang sentiasa menyanjung tinggi nilai toleransi dan kesantunan bermasyarakat,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Tambah Harussani, sikap menolak diskriminasi terhadap kaum-kaum lain dengan menerima kedatangan mereka ke negara ini sebagai bukti layanan yang terhasil daripada nilai dan budi kaum Bumiputera Melayu Islam.

“Sikap yang dizahirkan ini adalah lahir daripada kesepaduan iman, amal dan adat tradisi ketimuran diasuh, disemai dan dididik oleh agama dan nilai budi Melayu supaya menghormati nilai kemanusiaan walaupun berbeza bangsa, kaum, bahasa, budaya dan adat resam.

“Sesuatu yang tidak boleh disangkal bahawa hasil daripada sikap toleransi tersebut, maka adalah wajar kedudukan Agama Islam dan ketuanan Melayu seperti yang telah disepakati terutamanya Perkara 3(1) dan 153 Perlembagaan Persekutuan tidak sepatutnya dipertikaikan dan dicabar,” katanya.

Katanya lagi, ia kerana hal berkenaan sudah disepakati secara bersama dan bijaksana oleh pemimpin terdahulu dengan mengambil kira kepentingan semua kaum.

“Maka, pihak kerajaan seharusnya tidak memperdulikan cadangan iCERD ini kerana jika dibiarkan untuk dipolemikkan atas apa jua tujuan akan mengundang rasa tidak puas hati dan perpecahan ketara antara kaum,” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts