Jangan kau lupa peristiwa hitam 3 Mac 1924!

Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama.

Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar Turki adalah negara Barat, Yahudi dan Freemason

Kemenangan di dalam beberapa siri peperangan yang diketuai oleh Mustafa Kamal Atartuk telah dirancang rapi mengaburi mata rakayat Turki pada masa itu. Semasa pemerintahan Atartuk, dia telah mengusulkan kepada anggota Zionis Antarabangsa untuk melaksanakan projek pembubaran khalifah. Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh anggota organisasinya sendiri. Detik hitam ini dirakamkan pada 3 Mac 1924.

Rentetan daripada itu, kedurjanaan Mustafa Kamal Attartuk yang dilantik sebagai Presiden Turki telah pun mensekularkan Turki dengan membawa mesej mahu memodenkan Turki mengikut gaya barat. Sejurus selepas sistem khalifah secara rasmi dibubarkan beliau telah mengumumkan beberapa perkara.

  1. Mewartakan pengasingan agama daripada pemerintahan negara
  2. Menutup mahkamah-mahkamah Syariah
  3. Menghapuskan jawatan Menteri Syariah dan Menteri Auqaf
  4. Membubarkan sekolah agama dengan mencampurkan pelajar lelaki dan perempuan

Mustafa Kamal Atartuk telah mensekularkan Turki dengan membawa pelbagai perubahan besar terhadap Islam

Banyak lagi perubahan ketara dan mendadak yang dilakukan oleh Atartuk antaranya ialah azan dilaungkan dalam Bahasa Turki, pemakaian yang dikaitkan dengan agama adalah diharamkan seperti mengharamkan pemakaian purdah dan tudung kepada wamita Islam dan kalender Hijrah ditukar dengan menggunakan kalender Masihi.

Semenjak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3hb Mac 1924, umat terus ditimpa musibah yang tidak putus-putus. Kerajaan Islam kecil yang bernaung di bawah Turki sebelum ini telahpun dikaut dan dijajah oleh Eropah dan barat. Banyak berlaku perpecahan umat dan negara sehinggakan umat Islam tergantung tak bertali.

Wahai kaum muslimin,

Sehingga kini, umat Islam masih dilekakan oleh barat dengan cintakan duniawi lupakan akhirat. Adakah nasib umat Islam akan menjadi begitu sahaja mengikut peredaran masa? Adakah kita hanya menunggu kemunculan Imam Mahdi dan kedatangan Nabi Isa tanpa ada usaha dari diri?

Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

Sumber : pembinabangi.com

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts