Jangan lafaz taklik sesuka hati

KUALA LUMPUR: Perbuatan suami melafazkan taklik yang dikaitkan dengan penceraian talak tiga sesuka hati terhadap isteri adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, dari sudut hukum, lafaz taklik yang telah dibuat tidak boleh ditarik balik.

“Apabila taklik ini melibatkan penceraian dengan talak tiga dengan seorang isteri, ia merupakan satu perkara yang sangat tidak bertanggungjawab.

“Ini kerana seorang isteri tidak boleh dijadikan satu objek, pertukaran, atau menjadi sebab kepada sesuatu taklik,” katanya.

Beliau diminta mengulas berkenaan seorang individu yang dikatakan telah memuat naik hantaran di laman sosial, lafaz taklik untuk menceraikan isterinya dengan talak tiga jika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaannya masih bertahan sehingga bulan Ogos 2023.

Mohd Na’im menegaskan, martabat seorang isteri perlu dijaga dengan baik kerana Islam adalah agama menaikkan taraf seorang isteri dan seorang wanita.

Bagaimanapun, bagi mengesahkan sesuatu lafaz taklik itu jatuh atau tidak, pihak berkenaan perlu merujuk serta mengesahkan perkara tersebut dengan memfailkan kes di mahkamah syariah seperti yang diperuntukkan dalam semua enakmen negeri-negeri.

Katanya, hanya hakim syarie sahaja yang boleh mengesahkan bahawa lafaz taklik yang dibuat sah atau sebaliknya.–AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts