Jangan layan permintaan karut batal fatwa Syiah: MAIS

 

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membantah gesaan pihak tertentu supaya Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan membatalkan fatwa Syiah sebagai menyimpang daripada ajaran Islam.

Pengerusinya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan perlu bertegas dalam hal itu dan tidak perlu melayan permintaan karut sedemikian.

“Semua pihak sepatutnya memahami dan menghormati asas masyarakat Islam di negara ini yang mengamalkan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), malah ia terbukti berjaya membawa keamanan kepada rakyat berbilang kaum.

“Kenapa ada pihak yang sengaja membangkitkan perkara ini? Apa tujuan cakap (batalkan fatwa Syiah sebagai menyeleweng)? Pihak yang bangkitkan perkara ini sepatutnya memahami apa itu Syiah serta kesan penyebaran fahaman ini.

“Lihat saja kesan krisis fahaman antara ASWJ dan Syiah di Syria serta beberapa negara lain. Kita khuatir jika bilangan pengikut Syiah meningkat, nanti akan berlaku pertembungan yang menyebabkan negara huru hara,” katanya kepada NSTP di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyatAan aktivis sosial, Dr Chandra Muzaffar, yang menggesa pembatalan fatwa menetapkan Syiah sebagai menyimpang daripada ajaran Islam.

Menerusi laporan yang disiarkan sebuah portal berita, Chandra mendakwa fatwa itu tersilap dan pengikut Syiah tidak bertentangan dengan Islam kerana seperti pengikut ASWJ, pengikut Syiah turut menerima al-Quran sebagai wahyu dan beriman dengan keesaan Allah.

Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 2 dan 3 Mei 1996, menetapkan umat Islam Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran ASWJ dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Dalam pada itu, berkaitan kenyataan Chandra bahawa fahaman Syiah turut menerima al-Quran sebagai wahyu, Khusrin berkata, pengikut Syiah menerima al-Quran namun mereka berbeza kalimah syahadah serta beberapa amalan lain.

“Banyak perbezaan yang bertentangan antara ASWJ dan Syiah. Tidak perlulah sampai kita hendak biarkan fahaman Syiah bebas diamalkan di negara ini.

“Seperti yang saya persoalkan tadi, apa tujuan pihak yang membangkitkan perkara ini dan kenapa sampai hendak benarkan Syiah bebas diamalkan?” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts