Jangan melaknat pendosa yang ingin bertaubat

 

1. Di zaman Rasulullah, terdapat seorang lelaki yang bernama Abdullah yang pernah digelar sebagai himar. Dia adalah seorang lelaki yang pernah membuatkan Rasulullah ketawa. Berdasarkan riwayat, Rasulullah pernah mengenakan hukuman sebatan ke atas beliau atas kesalahan meminum arak.

2. Suatu hari dia dihadapkan ke hadapan Nabi lalu Baginda memerintahkan supaya dia disebat. Seorang lelaki telah berkata:

اللَّهُمَّ الْعَنْهُ مَا أَكْثَرَ مَا يُؤْتَى بِهِ‏.

“Ya Allah, laknatlah dia. Berulangkali dia melakukan hal (kesalahan) yang sama.”

3. Sikap lelaki ini ditegur oleh Rasulullah. Sabda Rasulullah:

لاَ تَلْعَنُوهُ، فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ

“Janganlah kalian melaknatnya. Demi Allah tidak aku ketahui melainkan dia ini mencintai Allah dan Rasul-Nya.” (HR al-Bukhari).

4. Akhlak Rasulullah ini sangat penting untuk kita teladani. Kita membenci dosa dan maksiat yang dilakukan oleh manusia. Tetapi janganlah kita melaknat mereka yang ingin bertaubat kembali ke jalan Allah. Dibimbangi ia hanya menjauhkan mereka dari Islam.

5. Dalam riwayat Abu Hurairah pula, seorang pemabuk telah dihadapkan kepada Rasulullah. Beliau telah insaf dan telah dikenakan hukuman sebat. Tiba-tiba ada seorang lelaki mencela lelaki tersebut. Tindakan ini menyebabkan Rasulullah menegurnya dan berkata:

لا تكونوا عونَ الشَّيطان على أخيكم

“Janganlah kamu menjadi pembantu syaitan (yang menjauhkan saudaramu dari Allah).

Dalam riwayat Abu Daud, Rasulullah direkodkan sebagai berkata:

ولكن قولوا: اللهم اغفر له اللهم ارحمه

“Ucapkanlah kepada mereka: Ya Allah ampunkanlah mereka dan kasihanilah mereka.”

6. Jelas di sini pelaku dosa dan pengamal maksiat yang ingin kembali kepada jalan Allah hendaklah disantuni. Janganlah mereka dilemparkan kata-kata yang keras kerana ia hanya akan menjauhkan mereka dari Islam. Adapun mereka yang keliru, hendaklah kita berikan penjelasan dan mendoakan hidayah buat kita semua.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts