Pendakwah buat laporan polis hina Rasulullah SAW

 

PENDAKWAH bebas membuat laporan polis terhadap pengguna Facebook (FB) berikutan tindakan biadapnya menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aisyah.

Pendakwah terbabit, Ahmad Akmal Datuk M Tahrir, 41, berkata, laporan polis dibuat susulan penularan gambar kartun dalam keadaan berbogel dikongsi di laman sosial pemilik akaun terbabit.

“Tindakan pengguna FB terbabit amat melampau dan keterlaluan kerana memuat naik gambar kartun seorang lelaki bersama kanak-kanak.

“Lelaki dewasa itu ditulis dengan perkataan Muhammad dan kanak-kanak berusia enam tahun sebagai Aisyah,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Tampoi, di Johor Bahru, hari ini.

Katanya, laporan polis itu dibuat bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya.

“Kami mahu siasatan dan tindakan undang-undang diambil terhadap pemilik akaun FB yang sengaja mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini.

“Penghinaan yang dibuat kali ini terhadap Nabi Muhammad SAW dan isteri amat keterlaluan dan sangat melampau,” katanya.

Menurutnya, laporan polis dibuat bukan mewakili mana-mana pertubuhan, sebaliknya rasa tanggungjawab sebagai umat Islam atas perbuatan penghinaan individu terbabit kepada Nabi Muhammad SAW dan isteri. – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts