Jawi adalah warisan sejagat yang perlu dipelihara

 

BANGI – Tulisan jawi yang kini menjadi polemik pertikaian dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini merupakan satu warisan sejagat.

Perkara itu ditegaskan oleh bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Tan Seng Giaw yang menyifatkan, tulisan berusia hampir 800 tahun itu perlu dipelihara.

Selain itu, beliau yang mempraktikkan tulisan berkenaan dalam kehidupan seharian berharap, mana-mana pelajar yang berminat untuk menulis dalam jawi wajar diberikan galakkan.

“Tulisan jawi adalah satu warisan bersejagat. Batu bersurat di Ulu Terengganu menunjukkan ia adalah hampir 800 tahun.

“Warisan manusia perlu dipelihara. Saya menulis jawi tiap-tiap hari.

“Yang pentingnya pelajar-pelajar terutama yang berminat digalak untuk menulis,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan kumpulan pendidikan Cina lain membangkitkan kembali isu tulisan jawi apabila memaklumkan mahu menghantar memo kepada Kementerian Pendidikan untuk menuntut supaya lembaga sekolah dibenarkan membuat keputusan dalam isu pembelajarannya di sekolah rendah vernakular.

Presiden Dong Zong, Tan Tai Kim dilaporkan berkata, mereka tidak berpuas hati apabila lembaga sekolah tidak tersenarai sebagai pembuat keputusan dalam pengajaran jawi di sekolah vernakular tahun depan, walaupun sudah lima pertemuan diadakan dengan kementerian.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan bahawa jemaah menteri memutuskan pengenalan tulisan khat ini akan dimuatkan sebanyak tiga muka surat sahaja dalam buku teks.

Katanya, jemaah menteri juga menetapkan supaya pengenalan tulisan khat dilaksana secara pilihan dengan guru diberikan kuasa untuk membuat keputusan mengenai kaedah pelaksanaannya di bilik darjah masing-masing.

Mengulas lanjut, Dr Seng Giaw mengakui, dalam isu pelaksaan tulisan jawi di sekolah vernakular ada pihak yang akan menimbulkan pelbagai pandangan.

“Dalam masyarakat terdapat pelbagai pandangan. Kita membincangkan (isu ini semoga dapat diselesaikan) dengan aman,” katanya. – Ismaweb

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts