Ustaz Abdul Somad tidak akan mohon maaf berkaitan ceramah salib

 

JAKARTA – Pendakwah Indonesia, Abdul Somad memilih untuk tidak meminta maaf berhubung ceramahnya tentang salib dan memaklumkan ia dinyatakan bagi menjawab soalan peserta yang hadir majlis ilmu agama tersebut.

Menurutnya, ceramah itu dilakukan di dalam masjid dan turut membahaskan tentang hukum Islam.

“Ada segelintir yang tersinggung dengan penjelasan saya, perlukah saya meminta maaf?’ soal Abdul Somad ketika bertemu dengan kepimpinan Majlis Ulama Indonesia (MUI) di Jakarta Pusat semalam.

Beliau kemudiannya menggunakan contoh Ayat 73, Surah al-Maidah yang bermaksud, ‘Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: ‘Bahawasanya ALLAH salah seorang dari yang tiga’.

“Saya jelaskan itu di hadapan para hadirin. Secara automatik, orang luar yang mendengar ayat itu berasa tersinggung. Adakah saya perlu minta maaf?” jelasnya.

Menurutnya lagi, ceramah secara tertutup itu dibuat pada waktu Subuh di Masjid Agung An-Nur Riau dan tidak dilakukan di tempat awam.

 

 

Difahamkan, ceramah itu diadakan tiga tahun lalu dan menjadi tular baru-baru ini.

Abdul Somad juga percaya tidak ada kesilapan dalam ceramahnya.

“Saya menyampaikan perkara sama di mana-mana. Tidak mungkin saya meminta setiap orang mematikan telefon bimbit mereka. Tak mungkin saya membuat larangan seperti itu,” ujarnya.

Nama Abdul Somad mula menjadi kontroversi selepas video ceramah beliau tentang salib menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi kurang senang hingga ada pihak yang membuat aduan tentang itu kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Komunikasi MUI, Masduki Baidlowi berkata, kes melibatkan Abdul Somad perlu menjadi pengajaran bagi seluruh orang Islam.

“Tokoh agama perlu lebih berhati-hati tentang isi ceramah mereka. Kejadian ini perlu menjadi peringatan kita bersama. Kami meminta perkara ini tidak dipanjangkan dan dapat diselesaikan dengan baik,” katanya sambil menambah MUI enggan mengulas tentang kandungan ceramah itu. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
5 comments
  1. Lihatlah saudara seakidahku semua. nampak kini MEREKA senada samada di Malaysia Dan Indonesia.. satu matlamat, satu tujuan… sangat pelik dalam situasi sebeginipun masih ada saya mengaku bergelar muslim tapi boleh bersifat negatif dan tak ambil tahu. Masih berprangsangka dgn Dr ZN hanya semata berbeza aliran fahaman.

    Jangan jadi bodoh dan melampau, disaat saudara semuslim mu diserang segenap penjuru, engkau masih dengan sifat dan sikap yang sama. Bukalah mata hati mu untuk sama2 merenung Ayat ke-29 surah al-Fath.

  2. Alhamdulillah ustaz jangan sesekali kita tunduk pada kafir kerana kita di pihak yg benar dan Allah sentiasa bersama umat nya yg soleh Aminn

  3. Hairan juga aku
    Dunia ni Allah jadikan
    Kita bercerita tentang kebesaran-nya jadi satu kesalahan pula kenapa

  4. Agenda mereka yg mmbenci islam itu kian terlihat. Ada saja sisi sisi untuk mereka jdkan bahan utk terus mmpropagandakan bg mnjauhkan usaha para daie mnybrkan kbnaran. di Malaysai ZN di Indonesia Ustaz Somad.

    Moga Allah mmprteguhkan hati orang orang beriman yng mmbw kebenaran ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts