Israel sekat ketua pasukan Olimpik Palestin ke Brazil

rio

 

SEMENANJUNG GAZA, Rabu – Pihak berkuasa Israel menghalang ketua pasukan Olimpik Palestin daripada meninggalkan Semenanjung Gaza untuk menyertai pasukannya di Brazil.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Palestin, Munther Masalmeh berkata, Israel menyekat permit Issam Qishta untuk meninggalkan Gaza.

“Oleh itu, dia tidak dapat menyertai pasukan Olimpik di Brazil,” katanya.

Munther berkata, pelatih dan Timbalan Ketua Jawatankuasa itu telah diberikan permit untuk menyertai acara sukan terbesar dunia itu.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Israel, Emmanuel Nahason berkata, pihaknya sedang berusaha membenarkan Qishta untuk menyertai pasukan Palestin.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk membenarkan dia ke sana secepat mungkin,” katanya.

Pasukan Olimpik Palestin terdiri daripada 22 orang termasuk enam atlet, jurulatih dan pentadbir.

Ia termasuk dua atlet renang, atlet trek dan padang, pemain judo dan ekuestrian.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/08/israel-sekat-ketua-pasukan-olimpik-palestin-ke-brazil/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts