MUIS seru umat Islam hulur bantuan kepada pejuang Palestin

BANGI – Majlis Ulama ISMA (MUIS) menyeru semua pemimpin negara Islam dan umatnya menghulurkan bantuan kepada perjuangan Mujahidin Palestin.

Pengerusinya, Datuk Ustaz Haji Zamri Hashim meminta umat Islam seluruh berdoa supaya Allah SWT memberikan kemenangan kepada para mujahidin dalam siri pertembungan kali ini.

“Mereka adalah pejuang yang menyelamatkan harga diri dan maruah umat Islam selama ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pada pagi 7 Oktober, Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) melakukan serangan besar-besaran ke atas Israel yang hampir tidak pernah berlaku dalam skala dan skopnya. 

Hamas melancarkan roket dari Gaza dan menyusup masuk ke seluruh sempadan, di mana mereka terlibat dalam pertempuran di tujuh lokasi berbeza di selatan Israel.

Tentera Israel mendakwa, sekurang-kurangnya 26 askarnya telah terbunuh dalam serangan tersebut.

Menurut Hamas, serangan itu adalah tindak balas terhadap penghinaan berulang oleh peneroka haram Israel yang menceroboh Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis.

Dalam pertempuran kali ini, 256 penduduk Palestin termasuk 20 kanak-kanak terkorban dalam serangan Israel, manakala 1,788 termasuk 121 kanak-kanak dilaporkan cedera.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts