Kedah benar solat Jumaat dan Aidilfitri, had 12 orang

 

ALOR SETAR – Semua masjid di negeri ini boleh menganjurkan solat Jumaat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa 22 Mei ini, selain solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal nanti.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang bagaimanapun menjelaskan kebenaran itu yang telah mendapat perkenan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah terhad untuk bilangan jemaah seramai 12 orang dan dilaksanakan di masjid sahaja.

“Bilangan 12 orang jemaah yang dibenarkan itu adalah wajar bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi dan terkawal.

“Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah tentunya akan memastikan jarak sosial satu meter antara jemaah dipatuhi, selain itu kita minta jemaah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, khutbah Jumaat juga akan dipendekkan dan tempoh waktu sebelum solat dan selepas solat dihadkan sebelum pintu pagar masjid ditutup.

“SOP mengenai ketetapan ini akan dikeluarkan kepada 576 buah masjid di seluruh negeri tidak lama lagi,” katanya.

Syeikh Fadzil berharap dengan kebenaran itu ia akan memberi sedikit kelegaan kepada masyarakat Islam di negeri ini selepas tujuh minggu tiada solat Jumaat. – Bernama

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts