Jemaah tunai umrah pada Ramadan ini boleh tanpa vaksin

 

JEDDAH – Jemaah yang ingin menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan tahun ini tidak perlu diberi vaksin COVID-19.

Ketika menjawab pertanyaan di laman Twitter, Kementerian Haji dan Umrah berkata, inokulasi bukanlah syarat bagi mendapat izin menunaikan umrah ketika bulan puasa.

Bagaimanapun, kementerian pada awal minggu ini mengeluarkan surat pekeliling yang mewajibkan sektor-sektor yang beroperasi dalam perkhidmatan berkaitan haji dan umrah supaya memvaksinasi seluruh kakitangannya sebelum Ramadan iaitu bermula pada 12 April.

Kakitangan yang tidak diberi vaksin pula mesti menunjukkan bukti keputusan negatif dalam ujian saringan COVID-19, serta perlu diperbaharui pada setiap tujuh hari.

Sementara itu, Kementerian Perbandaran, Hal Ehwal Luar Bandar dan Perumahan akan mempergiat lawatan pemeriksaan pada bulan Ramadan di tempat tumpuan orang ramai bagi memastikan mereka mematuhi penjarakan fizikal.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah menutup 11 buah masjid di enam wilayah setelah mengesan 11 kes baharu COVID-19 dalam kalangan para jemaah.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan terdapat 5,255 kes COVID-19 yang aktif, di mana 585 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Daripada jumlah kes aktif, sebanyak 693 berada dalam keadaan kritikal. Jumlah kes keseluruhan di negara itu kini mencecah 390,007 kes.

369 kes baharu dilaporkan pulih menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 378,083. 

Selain itu, enam kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kematian sebanyak 6,669.

Sejak pelancaran kempen vaksinasi COVID-19 pada Disember lalu, kementerian telah memberi 4.4 juta inokulasi.

Lebih dari 60.000 ujian saringan dilakukan dalam 24 jam terakhir, menjadikan jumlah keseluruhan lebih 15 juta. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts